
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
p/s : maksud tartil adalah baca dengan perlahan dan mengelokkan bacaan..

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
Lagu : The Zikr
Lirik : Nazrey Johani
Hakcipta : OVA Productions
mungkin link2 ni bole membantu kite kan => credit goes to the blog's owner..
tips utk bgn mlm :
http://al-hafizaidi.blogspot.com/2010/07/tip-untuk-bangun-tahajjud.html
rahsia tidur mengikut cara rasulullah :
http://www.zilhan.com/rahsia-tidur-mengikut-cara-rasulullah-s-a-w/
No comments:
Post a Comment