BAHAN SOS DAGING x 5/6 square tray
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 3 biji
Daging kisar 2 tube
Tomato fresh 5 biji
Cendawan x 2 bekas
Lada benggala x 2 (kalau boleh lain2 color)
Batang celery ( boleh guna half @ satu bungkus)
Sos prego / leggo x 2 big jar
Italian herbs
Tomato puree 1 small bottle
Gula
Garam
Cheese
1. Mozarella
2. Parmesan
Ikut berapa banyak topping nak, nisbah dlm 3 bungkus mozarella satu bungkus parmesan.
Cara nak masak sos daging
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk lada benggala dgn 1 sudu kecil italian herbs, tumis sekejap dlm 5 min dgn daging bagi layu sikit n sebati.
4. Masuk sos prego dgn tomato fresh. Masa ni kuah akan berair, so biar ats api dlm 15 mins smpai kuah reduce n kepekatan mcm kuah spaghetti.
5. Masuk batang celery biar dlm 2 min, lepas tu masuk cendawan. Biar dlm 2 min, kacau rata kuah dan tutup, jgn biar cendawan dgn celery layu, sbb nnt nk baked.
6. Rasa, kalau kurang masam tambah bbrp sudu tomato puree, adjust manis dgn masin, ni kne agak2 sendiri ikut selera masing2.
Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti, kalau ade lebih nnt.
Bahan layer sos putih (kalau rajin buat/ beli je sos putih alfredo @ knor @ ganti dgn sos cendawan carbonara)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam
Cara nak masak sos putih.
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese,letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese, and semua resepi pasta yg nak campur dengan sos cheese.
Tips nak buat lasagna sedap.
Kepingan lasagna ni walaupon tulis oven ready, tp rugi kalau letak terus, kalau nk kembang besar bole masak dlm air panas letak garam kejap, tapi susah kne buat sheet by sheet atau dia akan pecah dan melekat2. Satu lg cr rendam je sheet tu dlm air suhu biasa letak garam smpai lembut, dpt kembang cket, sng nk susun. Bila kembang dpt la jimat sket pakai, bole buat banyak2
Cara nak lapis lasagna.
1. First layer susun kepingan lasagna yg dah masak
2. Second layer, letak sos daging, jgn byk2, sekurang2nye biar la nmpk lapisan lasagna kt bwh,
3. Third layer, letak sos putih, jgn tebal2 nnt rasa creamy sgt, muak, so letak dlm 3 jalur agak2.
4. Ikut step first and final mesti sos putih.
5. Layer yg last tu tabur dengan cheese. Nak sedap tabur banyak cheese!! Suke campur mozarella dgn parmesan sbb parmesan rasa masin, lg sdp topping nnt. Tabur kemas smpai penuh cheese, x nampak sos layer bawah, utk elak sos dalam kering.
Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit. Ikut oven masing- masing. Lebih baik pre heat dulu 15 min. Atau smpai bhgian cheese atas da golden dan rangup.